gambar: PUSAT PEMPROSESAN MAKANAN IKS(KPW) KG GUA, PADANG TENGKU
Terdapat 2 buah persatuan wanita di sekitar KG Telemin iaitu KPW (Kumpulan Pergerakan Wanita) dan WI (Woman Institutions)
KPW mempunyai sebuah bengkel yang sudah agak usang dan lama, peralatan serta mesin juga sudah lama. bengkel tersebut terletak di sebelah masjid Kampung Gua.
KPW berfungsi untuk membantu wanita dan ibu tunggal menjadi usahawan berjaya.
Antara jenis makanan IKS yang di hasilkan adalah aneka jenis kerepek antaranya:
- Rempeyek
- Kerepek pisang
- Kerepek ubi
- dan sebagainya.
WI pula adalah sebuah persatuan wanita yang baru di tubuhkan pada tahun 2015.
WI dipengerusikan oleh Datin Hamidah iaitu isteri kepada Adun Padang Tengku, Dato’ Mustapa Bin Long.
Antara kerjasama yang pernah dijalankan oleh WI dan PEDi Kg Telemin adalah program kembara bulan bahasa pada tanggal 1 Oktober 2015 yang dijalankan di Dewan Abdul Aziz Kampung Gua.
Program ini melibatkan beberapa agensi seperti pameran oleh Bomba, Klinik Kesihatan bergerak, pemeriksaan kesihatan percuma, perpustakaan bergerak dan WI sekitar kampung.
WI menjalankan pertandingan memasak makanan tradisi kampung masing-masing.
Antara jenis masakan yang di masak adalah Kuih Melaka, Sambal Hitam, Lempeng Pisang, Wajik dan sebagainya.
gambar: PROGRAM KEMBARA BULAN BAHASA
(pertandingan memasak makanan tempatan kampung masing-masing)