Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Telemin merupakan salah satu program yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dikendalikan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd. Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk merapatkan jurang teknologi antara masyarakat bandar dan luar bandar. NADI ini dilengkapi dengan kemudahan komputer meja dan perkakasnya serta menyediakan kemudahan jalur lebar.
NADI Kampung Telemin ditubuhkan pada penghujung tahun 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada 21 Mac 2014. NADI Kg Telemin ini merupakan Fasa 4 (Telephony) dan terletak kira-kira 5-10km dari bandar Kuala Lipis. Selain itu kedudukannya yang strategik, iaitu terletak bersebelahan Pejabat Penghulu Mukim Gua bagi memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung kelak. Malahan di sebelah belakang NADI merupakan surau Kg Telemin.