gambar: Mesyuarat JKKK Kg Telemin bersama penghulu mukim gua
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Telemin adalah sebuah organisasi Kampung , memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab dalam memacu pegerakan sebarang aktiviti –aktiviti serta memastikan projek-projek pembangunan Kampung Telemin agar berjalan dengan lancar dan perlu perihatin dalam menyuarakan serta mendengar pandangan komuniti , Kampung Telemin agar perubahan sejagat pembangunan terhadap Kampung Telemin dapat di tingkatkan .
Perjumpaan mesyuarat akan diadakan setiap bulan bagi mengenal pasti pelbagai masalah dan kaedah untuk mengatasinya akan dibincangkannya secara bersama-sama.Aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan akan dianjurkan sesama masyarakat seperti bergotong –royong untuk membersihkan kawasan sekitar kampung. Selain itu, mengadakan majlis keraian bersempena hari asyura, Hari Raya Aidilfitri , Program sukan dan sebagainya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan penduduk kampung sekitar mukim Gua, Telemin, Dada Kering, Balik Gua dan Padang Tengku.