Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Telemin telah mula beroperasi sejak tahun 2014. NADI ini terletak bersebelahan dengan Rumah Penghulu Mukim Gua.
NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Segajat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Penubuhan NADI ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan agar setaraf dengan masyarakat di bandar.
Warga komuniti kini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya perlu mengunjungi NADI dan menggunakan kemudahan jalur lebar yang telah disediakan.
NADI diwujudkan bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada masyarakat setempat. Disamping meningkatkan sosial-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
SELAMAT DATANG PEDi KG TELEMIN
