mcmc
Aktiviti SemasaMaklumat KomunitiMaklumat KomunitiMaklumat KomunitiMaklumat PEDiMaklumat PEDiMaklumat PEDiMaklumat SetempatPEDi KG TELEMIN

SELAMAT DATANG KE PORTAL NADI KG TELEMIN

NADI KG TELEMIN yang beralamat di Kompleks Penghulu Mukim Gua, Bersebelahan Rumah Penghulu, Kampung Telemin, 27100 Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Kluster Lipis yang telah beroperasi sejak 2013 sehingga sekarang. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).

OBJEKTIF PENUBUHAN NADI antaranya ialah menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan,memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet,meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Selain itu, dengan adanya NADI,jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan dan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)

Program sedia ada di NADI telah disusun semula oleh MCMC dan ia berpandukan kepada lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan fungsi NADI yang kini memfokuskan penyediaan capaian Internet secara kolektif, sebagai pusat penyebaran maklumat terkini.