Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Telemin adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Telemin :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg. Telemin :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang 12:30 Tengah hari – 2:30 Petang | Rehat Rehat hari Jumaat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Siti Saipurani Mat Noh (Pengurus)
Email: m.kgtelemin@tm.nadi.my
2. Siti Rahmah Kassim (Penolong Pengurus)
Email: am.kgtelemin@tm.nadi.my
Alamat Portal
Facebook Page : https://www.facebook.com/PusatInternetKomunitiTelemin/
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Telemin,
Kompleks Penghulu Mukim Gua, Bersebelahan Rumah Penghulu,
27100 Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang D.M
KISAH KEJAYAAN
KISAH KEJAYAAN SARAH BANU @ PN SITI SARAHNURZIELIANA Nama : Siti Sarahnurzieliana Binti Abdullah Umur : 27 tahun Ahli : […]
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa […]
KEUSAHAWANAN – LUKMAN AL HAKIM BIN HAMDAN
USAHAWAN SABUN ORGANIK HOME MADE NAMA : LUKMAN AL HAKIM BIN HAMDAN UMUR : 31 TAHUN AHLI : 2018 Latar belakang Encik Lukman Al Hakim seorang usahawan yang mana […]


