Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Telemin adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi  kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.

Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-

  • NADI KEUSAHAWANAN
  • NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
  • NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
  • NADI KESEDARAN
  • NADI INISIATIF KERAJAAN

Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI

Antaranya ialah:

  • Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
  • Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
  • Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Telemin :-

1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg. Telemin :-

  • Komputer & Internet
  • Pengimbasan (Scanning)
  • Laminate 
  • Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
  • Fotokopi (Photostate) 
  • Penjilidan (Binding)
  • Latihan ICT & Usahawan 
  • Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
  • Collection Point SPX Express

Waktu Operasi

NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

 9:00 Pagi – 1:00 Petang Beroperasi 
 1:00 Petang – 2:00 Petang 
12:30 Tengah hari – 2:30 Petang
 Rehat 
Rehat hari Jumaat
 2:00 Petang – 6:00 Petang Beroperasi 

Nama Petugas 

1. Siti Saipurani Mat Noh (Pengurus)

Email: m.kgtelemin@tm.nadi.my

2. Siti Rahmah Kassim (Penolong Pengurus)

Email: am.kgtelemin@tm.nadi.my

Alamat Portal

https://kgtelemin.nadi.my/

Facebook

https://www.facebook.com/pim.kgtelemin

Facebook Page : https://www.facebook.com/PusatInternetKomunitiTelemin/

Alamat :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Telemin,

Kompleks Penghulu Mukim Gua, Bersebelahan Rumah Penghulu,

27100 Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang D.M

Kemudahan Asas

28 August 2015 Kemudahan Asas

       Gambar : masjid kampung gua,padang tengku kuala lipis,pahang. Di sekitar kg telemin terdapat beberapa kemudahan asas untuk kegunaan komuniti. Antaranya adalah:- 1. Stesen kereta api (KTMB Padang […]

Baca lanjut →

Pertanian

PELBAGAI JENIS PROJEK PERTANIAN YANG DIJALANKAN DI SEKITAR PADANG TENGKU. ANTARANYA:- 1. PENANAMAN KELAPA SAWIT 2. UBI KAYU 3. KEBUN PISANG 4. GETAH DAN SEBAGAINYA.

Baca lanjut →

Pelancongan

PELANCONGAN      Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai destinasi yang menarik untuk tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi kerana mempunyai pelbagai daya tarikan seperti air terjun, gua batu kapur, keunikan flora […]

Baca lanjut →

Belia Harapan Negara

Belia kampung Gua dan Kg Telemin mempunyai beberapa persatuan belia antaranya adalah PSBBG BELIA GUA. FB: Psbbg belia gua Fungsi pergerakan belia ini adalah menganjurkan beberapa aktiviti untuk belia agar […]

Baca lanjut →

KDB

         Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:   Tarikh  :7 Ogos 2015 Masa    :10.00 Pagi Tempat :Sek.Keb.Pagar sasak

Baca lanjut →

Sejarah

25 July 2015 Maklumat Setempat

      Sejarah mengenai Kampung Telemin adalah melalui penceritaan orang-orang terdahulu. Kami telah berjumpa dengan mantan Ketua kampung Telemin iaitu Mohamad Nor bin Bakar. Beliau sudah berusia 70 tahun […]

Baca lanjut →

Maklumat Am

Kampung Telemin ini terletak di kawasan jajahan mukim Gua. Terdapat 4 kampung disekitar kampung Telemin iaitu Kampung Beralas, Kampung Sungai Damar, dan Kampung Balik Gua. Jarak di antara Pekan Padang […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya