Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Telemin adalah salah satu NADI yang ditubuhkan di dalam Kluster Lipis negeri Pahang bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat. NADI juga dilaksanakan bagi menyediakan capaian internet dan informasi kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, NADI juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan ICT dilaksanakan.
Bermula tahun 2024 NADI memperkenalkan PERKHIDMATAN PINTAR di NADI dengan 5 teras utama iaitu :-
- NADI KEUSAHAWANAN
- NADI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
- NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI
- NADI KESEDARAN
- NADI INISIATIF KERAJAAN
Kini, anda boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga dengan menggunakan kemudahan NADI
Antaranya ialah:
- Pusat Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan komuniti setempat.
- Pusat sumber komuniti untuk mendapatkan sumber maklumat.
- Mengiklankan produk jualan/perkhidmatan secara online.
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Telemin :-
1. Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi maklumat komputer dan internet.
3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan JENDELA
Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg. Telemin :-
- Komputer & Internet
- Pengimbasan (Scanning)
- Laminate
- Percetakan (Printting) Hitam Putih & Colour
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Latihan ICT & Usahawan
- Pusat Pengeposan Barang (NinjaVan & GDEX)
- Collection Point SPX Express
Waktu Operasi
NADI DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
| 9:00 Pagi – 1:00 Petang | Beroperasi |
| 1:00 Petang – 2:00 Petang 12:30 Tengah hari – 2:30 Petang | Rehat Rehat hari Jumaat |
| 2:00 Petang – 6:00 Petang | Beroperasi |
Nama Petugas
1. Siti Saipurani Mat Noh (Pengurus)
Email: m.kgtelemin@tm.nadi.my
2. Siti Rahmah Kassim (Penolong Pengurus)
Email: am.kgtelemin@tm.nadi.my
Alamat Portal
Facebook Page : https://www.facebook.com/PusatInternetKomunitiTelemin/
Alamat :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Telemin,
Kompleks Penghulu Mukim Gua, Bersebelahan Rumah Penghulu,
27100 Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang D.M
Produk Tempatan
MAKANAN SEJUK BEKU. Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan […]
Program i-health & Jamuan Hari Raya
Tarikh: 15.8.2015 Masa: 9.00am-2.00pm Tempat: PEDi Kg Telemin
Kelas Membuat Carta Aliran
Tarikh: 27/2/2015 Masa: 2.30pm-4.00pm Tempat: Bilik Training PEDI
Klik Dengan Bijak Tadika Perpaduan Padang Tengku
Klik Dengan Bijak Tarikh: 29.1.2015 Masa: 9.00 am -11.00 am Tempat:Tadika Perpaduan Padang Tengku
JKKK Kg Telemin
gambar: Mesyuarat JKKK Kg Telemin bersama penghulu mukim gua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Telemin adalah sebuah organisasi Kampung , memainkan […]
Klik Dengan Bijak Di PI Pagar Sasak
Klik Dengan Bijak Tarikh : 14 September 2015 (Isnin) Masa : 9.00 am -2.00 pm Tempat: PEDi Pagar Sasak
Kesihatan
Klinik Kesihatan Padang Tengku merupakan sebuah klinik yang terdapat di sekitar padang tengku. – Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. – klinik pergigian Waktu beroperasi adalah […]
Program I-Health dan Jamuan Hari Raya
gambar:JAMUAN HARI RAYA MUKIM GUA DAN I-HEALTH DAYS Aktiviti ini dijalankan pada: Tarikh:15 Ogos 2015 Tempat: Pi Kg Telemin Masa: 9.00pagi-3.00petang
Keselamatan
Balai Polis Padang Tengku merupakan sebuah agensi keselelamatan yang terdapat di sekitar Kg Telemin,Padang Tengku Kuala Lipis Pahang. Kedudukan Balai Polis adalah di tengah-tengah bandar padang tengku iaitu di sebelah […]


